Saturday, February 23, 2008

Buku Pondok Pattani


Sebuah buku keluaran UKM yang dikarang oleh Hasan Madman,menceritakan salasilah pondok pengajian di pattani thailand yg sangat terkenal ketika dulu dan sekarang.

Tenaga Pengajar

Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak

Beliau juga salah seorang daripada ahli Majlis Fatwa Negeri Perak,Mufti perak Datuk Harussani Zakaria.Khidmatnya amat penting dalam ahli Majlis kerana adalah yg paling cekap dalam qoedah Kitab Arab dan cermat mengeluarkan sesuatu usul.Dengan jasa beliau ini beliau di anugerahkan Sultan Perak dengan pangkat Datuk Paduka Diraja dan beliau amat rapat dengan Sultan.

Latar Belakang Tuan Guru Pak Teh

Pengajian Ilmu

kebanyakkan pengajian ilmu dipondok adalah bersumber daripada Kitab-kitab Jawi dan Arab.Kitab-kitab Jawi terkenal dengan istilah Kitab kuning.Dan qoedah pengajian di pondok selalunya menggunakan 2 qoedah iaitu umumi dan nazomi.Selain itu juga kelas hafalan adalah amat utama dalam sistem pondok.

Jadual Pengajian Di Pondok Pak Teh :
[1] Isnin-Selasa-Rabu-Khamis-Ahad(Pak Teh mengajar)
Subuh:Minhajul Abidin(tasawuf),Mughni Muhtaj(feqah),Syuzu(nahu),Hadis Muwatta Imam Malik, Asar:Fathul Muin,Fathul Wahhab,
Maghrib:Tafsir Nasafi,Ibnu Akil,Syarkawi
Isyak:Syeikh Kholid,Tijan,

[2]Sabtu
Subuh:Usul Fiqh,Matan zubad(feqah),Matan majmuk Azhari,Qhotar,

Sejarah Pondok PakTeh

Lokasi

Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah atau lebih dikenali dengan panggilan pondok Pak Teh terletak di daerah Hulu Perak iaitu daerah Pengkalan Hulu di negeri Perak Darul Ridzuan , Pondok ini adalah satu-satu pondok pengajian ilmu islam yang lama dan masih wujud di negeri Perak.Pondok ini didirikan pada tahun 1963 oleh Tuan Guru Hj Abdul Latiff atau Pak Teh , pondok ini didirikan sendiri oleh Pak Teh yg berdekatan dengan perkarangan rumahnya.